BAB 3
PERBEZAAN INDIVIDU
1.0 ) KONSEP
PERBEZAAN INDIVIDU
Setiap individu berbeza dari
segi pemikiran, perasaan dan tingkah laku.Plato mengatakan“Tiada individu yang sama tetapi setiap individu
adalah berbeza dengan yang lain secara semulajadi di mana seseorang itu sesuai untuk
sesuatu pekerjaan manakala yang lain
sesuai untuk pekerjaan yang lain.”
DAPATAN PAVLOV :
Guru harus mengambil kira
pembawaan perangai muridnya,khususnya berhubung dengan gerak balas murid yang
diajarnya dan penggunaan bahan pengajaran.
Plato :
“Tiada dua individu yang
sama , tetapi setiap individu adalah berbeza dengan yang lain secara
semulajadi, di mana seseorang itu sesuai untuk sesuatu pekerjaan manakala yang
lain sesuai untuk pekerjaan yang lain.
Perbezaan individu dapat
dilihat menerusi pola-pola tingkahlaku, dan tenaga.
Selain itu ciri fizikal
juga, status ekonomi, pendidikan, sosio masyarakat dan persekolahan juga adalah
impak kepada perbezaan individu
Secara keseluruhannya
perbezaan individu boleh didefinisikan sebagai kepelbagaian atau perbezaan
dalam watak personaliti individu-individu daripada norma kumpulan atau dari
aspek kognitif, emosi, fizikal, sosial, bakat dan sebagainya.
Kajian tentang perbezaan individuini
sangatpenting bagi menerang dan meramal tingkahlaku dan prestasi murid-murid di
dalam bilik darjah kerana ia berkait rapat dengan keunikan dan kepelbagaian
yang wujud dalamkalanga nmanusia.Kefahaman tentangp erbezaan individu ini akan membantu
guru-guru merancang strategi-strategi yang sesuai bagi mengoptimakan pengajaran
mereka.
2.0 ) JENIS-JENIS
PERBEZAAN INDIVIDU
2.1 ) PerbezaanFizikal
Perbezaan fizikal dapat
dilihat dari pelbagai aspek seperti jantina, pertumbuhan fizikal, umur dan
kematangan, warna kulit, mata, rambut dan sebagainya. Kajian menunjukkan bahawa
kekuatan fizikal murid lelaki lebih kuat berbanding dengan murid
perempuan.Murid lelaki lebih lasak
berbanding dengan perempuan. Murid-murid yang mempunyai masalah fizikal seperti
cacat atau kurang upaya memerlukan perhatian dan keperluan yang lebih.
Dari segi umur dan
kematangan pula, kajian menunjukkan bahawa murid perempuan mempunyai pencapaian
akademik yang lebih tinggi khasnya di peringkat awal persekolahan tetapi di
peringkat sekolah menengah dan selepas umur 15
tahun murid lelaki lebih berjaya berbanding dengan murid perempuan.
2.2)
Perbezaan Kognitif
Perbezaan kognitif bermaksud
kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikr secara
logik,menaakul dan mengira.Kadar penerimaan dan memproses maklumat individu
berbeza kerana kebolehan tersendiri otak masing-masing. Kebiasaannya murid
lelaki lebih baik dalam bidang matematik dan perempuan pula membaca dan
sastera. Contohnya masalah pembelajaran seperti kurang upaya kognitif seperti
disleksia mencacatkan kebolehan murid untuk mencapai pencapaian akademik yang
lebih tinggi.
2.3)
Perbezaan Emosi
Perbezaan emosi merangkumi
emosi-emosi ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu dan pasif.Oleh itu, guru
mesti berkebolehan untuk mengenalpasti perbezaan murid ini dan menangani mereka
dengan cara yang bersesuaian. Contohnya guru perlu menggunakan pelbagai
strategi pengajaran seperti teknik peneguhan, BBM dan sebagainya bagi membantu
mengurangkan masalah perbezaan individu di kalangan murid.
2.4)
Perbezaan Sosial
Perbezaan sosial mungkin
berpunca dari latar belakang sosio ekonomi murid dan kapasiti keluarga.Keluarga
yang mewah mendapat nutrisi makanan yang baik dan keadaan fizikal yang terjaga
rapi.Selain itu, mereka turut mendapat pendidikan yang lebih baik seperti
menghadiri kelas tuisyen sebaliknya murid dari keluarga yang susah tidak mampu
untuk mendapatkan semua kemudahan tersebut.Guru akan berdepan dengan murid
murid yang berkebolehan tinggi dan kurang berkebolehan. Dengan itu, guru perlu
berkebolehan dalam menangani semua tahap sosial dan budaya murid semasa
pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang
sesuai.
2.5
Perbezaan Budaya
Perbezaan budaya merangkumi
perayaan, kepercayaan, makanan dan pemakaian.Setiap budaya mempunyai norma dan
kepercayaan masing-masing.Contohnya kaum India secara tradisinya mengelak dari
makanan yang berasaskan daging lembu. Oleh itu guru dan murid perlu mempunyai
pengetahuan dan hormat menghormati terhadap perbezaan budaya ini.Toleransi dan
penerimaan antara kaum serta peranan dan
sikap guru adalah paling utama bagi melahirkan masyarakat yang berintegrasi.
2.6
Perbezaan Rohani
Perbezaan
rohani lahir disebabkan oleh faktor budaya.Aspek ini lebih universal kerana ia
melibatkan hubungan antara tubuh badan minda dan jiwa.Sebagai seorang guru
haruslah bersikap positif terhadap agama muridnya yang pelbagai dan disesuaikan
dengan keadaan dan situasi. Contohnya guru perlulah mengajar muridnya untuk
menghargai kepelbagaian yang terdapat di dalam kelas dan berbangga dengan
keadaan ini.
3.0 KEPELBAGAIAN JENIS
KECERDASAN
Menurut kamus dewan,
kecerdasan bermaksud kesempurnaan akal (untuk berfikir, mengerti, dan
lain-lain seperti
kepandaian, kepintaran, kecerdikan).
Cantell (1971) pula melihat kecerdasan sebagai komposit atau kombinasi
ciri-ciri manusia termasuk keupayaan melihat hubungan kompleks, iaitu kesemua
proses yang melibatkan pemikiran abstrak, kebolehan menyelesaikan masalah dan
kebolehan mempelajari keupayaan yang baru. Clark (1992), mendefinisikan kecerdasan
sebagai akibat perkembangan dan hubungan antara corak genetik seseorang
individu dan peluang-peluang yang terdapat dalam persekitaranya.
Mengikut pandangan
tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia dilahirkan dan ia
meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan “visual/spatial”. Dr.
H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di Universiti Harvard
telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai jenis. Mengikut model
Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang dan dipertingkatkan.
Mengikut Howard Gardner :
Manusia mempunyai kesemua
sembilan kecerdasan tetapi dalam kuantiti yang
berbeza iaitu kekuatan dalam kecerdasan tertentu dan kelemahan dalam
kecerdasan lain.
Model Pelbagai Kecerdasan
Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
• Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke
satu tahap yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
• Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa
kecerdasan akan bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
• Sesuatu kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara
dan bentuk
Secara keseluruhannya
kecerdasan boleh di definisikan sebagai keupayaan dan kekuatan dalaman yang ada
pada setiap individu contohnya keupayaan mental dan kecerdasan,emosi,sosial
serta fizikal. Terdapat sembilan jenis kecerdasan iaitu kecerdasan linguistik,
kecerdasan muzik, Kecerdasan logik (matematik), kecerdasan ruang, kecerdasan
rohaniah,kecerdasan dalaman diri, kecerdasan kinestetik, kecerdasan hubungan
antara manusia dan kecerdasan alam sekitar.
3.1)Kecerdasan linguistik
Kecerdasan linguistik
merujuk kepada keupayaan dan kebolehan yang berkait dengan penguasaan bahasa,
kesusasteraan, pertuturan dan kemahiran menggunakan bahasa yang kompleks.
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, verbal bermaksud lisan atau kata-kata, manakala
linguistik mempunyai dua makna iaitu kajian saintifik tentang bahasa atau
sesuatu yang berkaitan dengan bahasa. Seseorang yang mempunyai kecerdasan dalam
bidang verbal linguistik ini mampu memberi makna, mentafsir, mendalami sesuatu
perkara yang tersirat di dalam bahasa. Menurut Howard Gardner’s, (1983),
seseorang yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mampu memahami, bertutur,
menulis pelbagai jenis bahasa dan mampu menguasai bahasa aisng dengan baik dan
fasih. Selain itu, seseorang yang memiliki kecerdasan verbal-linguistik terdiri
daripada golongan yang cemerlang pada peringkat persekolahan dalam bidang
bahasa. Individu sering melibatkan diri dalam pertandingan berkaitan bahasa dan
menonjolkan diri apabila bersuara. Mereka mempunyai kelebihan dalam berbahasa
dan sensitif kepada sesuatu perkara serta meminati ilmu falsafah dan isu-isu
sosial.
Seterusnya, individu yang
mempunyai kecerdasan linguistik kerap membaca serta mempunyai keinginan yang
tinggi dalam pengetahuan am. Mereka juga suka membaca bacaan yang meluas dalam
pelbagai subjek serta membaca dengan pantas. Selain itu, mereka mempunyai
tatabahasa yang tinggi dan menggunakan tatabahasa yang baru dan unik. Oleh itu,
guru amat memainkan peranan akan kepentingan kecerdasan ini kerana dapatan
kajian Norliah( 2005) menunjukkan amalan penerapan kecerdasan pelbagai melalui
elemen kecerdasan vebal-linguistik dalam
pengajaran bahasa melayu diprasekolah mempengaruhi secara signifikan oleh
persepsi positif guru-guru terhadap kecerdasan verbal linguistik. Individu dengan kecerdasan
3.2) Kecerdasan Muzik
Muzik adalah gabungan atau kombinasi bunyi yang boleh
menenangkan fikiran dan mengurangkan stress. Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga, muzik adalah gubahan bunyi yang
menghasilkan bentuk dan irama yang indah dan menyenangkan atau bunyi-bunyian.
Kecerdasan dalam bidang muzik melibatkan kepakaran dalam prestasi, komposisi,
dan apresiasi terhadap pola-pola muzik. Ini termasuk keupayaan untuk mengenali
dan menyusun bola muzik, nada, dan irama. Menurut Howard Gardner, kecerdasan
muzikal berjalan di struktur yang hampir sejajar dengan kecerdasan
linguistik. Individu yang mempunyai
kecerdasan ini mampu mendengar bunyi yang dihasilkan dan membezakan setiap note muzik yang didengari.
Selain itu, mereka juga prihatin dan
mempunyai suatu perasaan yang sukar digambarkan apabila mendengar bunyi-bunyi
alam seperti jatuhan air terjun, aliran sungai, deruan ombak laut, kicauan
burung deruan angin dan titisan hujan. Setiap bunyi yang dihasilkan adalah
berbeza dan memberi perasaan yang berbeza apabila didengari. Individu yang
mempunyai kecerdasan dalam bidang muzik sensitif kepada irama, pitch, melodi,
nada suara, Kebolehan menilai setiap bunyi yang didengari menjadi satu anugerah
apabila mereka mampu membawa genre muzik yang baru ke dalam industri hiburan
tanah air.
Peranan muzik adalah luas kerana
selain menghiburkan muzik juga digunakan sebagai terapi kepada golongan
bermasalah seperti gangguan mental, ADHD, autism, dan pelbagai penyakit kronik
melaui melodi dan irama yang didendangkan.
Individu yang mempunyai kecerdasan muzik ini mampu menghasilkan muzik
yang baru, segar dan sedap didengar. Kecerdasan ini boleh dirangsang
terutamanya dalam kalangan
kanak-kanak iaitu dengan
mempedengarkan muzik, bermain alat muzik, bernyayi dan sebagainya manakala bayi
dalam kandungan juga dapat dirangsang dengan memperdengarkan muzik. Seseorang individu yang mempunyai kecerdasan
dalam bidang muzik sering berjaya menjadi selebriti yang terkenal sebagai
penyanyi, penggubal lagu, komposer, penulis lirik dan pengarah teater yang
cemerlang. Terdapat juga koreografer dan penari yang memiliki kecerdasan dalam
bidang muzik.
3.3) Kecerdasan Logik
Matematik
Matematik adalah ilmu
berkaitan kira-kira yang berkait dengan angka. Kecerdasan matematik melibatkan
individu yang pintar dalam penguasaan ilmu ini.
Sebenarnya kajian perkembangan kanak-kanak oleh Piaget dan Inhelder
(1969), tahap perkembangan terawal sekarang yang kita panggil kecerdasan logika
matematik ialah manipulasi dan permainan pelbagai jenis objek konkrit dalam
persekitaran fizikal dan keupayaan untuk mengenal pasti objek lazim dalam
gambar dan memilih objek tersebut keluar daripada gambar-gambar yang banyak
mengandungi objek lain yang tidak dikenali. Individu yang memiliki kecerdasan
ini adalah seseorang individu yang cemerlang dalam bidang matematik boleh
bermain dengan angka dan tidak mudah keliru dengan masalah yang timbul dalam
pengiraan matematik. Mereka juga sering memberi nilai, menghitung dan mencari
penyelesaian secara tepat mengenai sesuatu perkara.
Kebanyakan individu yang
cemerlang dalam bidang matematik sering diberi perhatian oleh semua masyarakat
dunia seperti Adiputra, Sufiah, Al- Khawarizmi, dan Einstein. Individu ini
mempunyai ingatan yang tinggi dan sering dikatakan mempunyai ruang simpanan
memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan
cepat. Kemahiran yang dominan dibahagian kiri otak membolehkan individu tersebut dapat berfikir secara konseptual dan
abstrak. Individu yang mempunyai berkeupayaan menyelesaikan masalah matematik
kerana mereka mampu atau berkeupayaan untuk menaakul secara deduktif. Individu
ini lebih berminat untuk melibatkan diri dalam permainan yang membolehkan
mereka berfikir dengan aktif seperti puzzle, penyelesaian masalah, catur,
teka-teki dan pencarian formula baru. Kebanyakan individu yang memiliki
kecerdasan matematik ini cemerlang dalam bidang sains, ahli fizik, kejuruteraan
dan menjadi ahli matematik.
3.4) Kecerdasan Ruang
Visual atau ruang adalah
kecerdasan yang membolehkan seseorang individu melihat sesuatu secara jauh dan
mendalam. Individu yang mempunyai kecerdasan visual-ruang ini memiliki keupayaan
imaginasi yang tinggi dan mampu mencipta sesuatu yang kreatif atau baru serta
sukar untuk difikirkan oleh orang lain. Mereka mampu untuk membayangkan sesuatu
samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang baik serta boleh menyatakan segala kebimbangannya dengan
jelas dan yakin. Selain itu, mereka ini juga mampu membuat andaian atau
hipotesis mengenai pelbagai perkara seperti tafsiran mengenai alam. Individu
ini sering memberi pandangan mengenai dunia,
alam semesta dan persekitaran. Golongan ini sering memberi persepsi yang
unik dan berbeza terhadap sesuatu perkara. Seringkali, apa yang dilihat oleh mereka,
berbeza dari pandangan individu normal seperti kita. Mereka juga mempunyai kebolehan
mengubah persepsi dan pandangan orang lain terhadap sesuatu perkara. Individu
yang memiliki kecerdasan ini amat peka akan terhadap warna, garisan, bentuk,
corak dan ruang yang terdapat disekeliling mereka.
Di samping itu, individu yang memiliki kecerdasan ini juga mempunyai keupayaan untuk berfikir
secara tiga dimensi dalam bentuk gambaran dan bayangan serta amat berminat
dalam penghasilan peta minda, carta, lukisan dan sebagainya. kebolehan pelajar
untuk menghubungkan konsep yang dipelajari dengan menggunakan peta minda, graf
dan bentuk grafik yang lain memudahkan seseorang pelajar itu belajar
mengenalpasti dan menghubungkait konsep. Kerjaya yang sesuai kepada individu
yang memiliki kecerdasan ruang
visual adalah seperti
pembuat peta, pereka hiasan dalaman, arkitek, pereka landskap, juruseni dan
sebagainya. Menurut Gardner (1983), selalunya kita dapat melihat perkembangan
utama dan potensi kecerdasan ini dalam kegiatan vokasional.
3.5) Kecerdasan Rohaniah
Menurut Suppiah et al
(2009), kecerdasan rohaniah ini merupakan seseorang yang menunjukkan
kekhuatiran kepada kejadian dan
kewujudan manusia, erti kehidupan, kematian
dan juga realiti yang dihadapi
oleh manusia dalam kehidupannya. Kebayakkan individu yang memiliki kecerdasan
ini sering menimbulkan persolan yang berkaitan dengan nilai-nilai hasil
pemerhatiannya terhadap persekitaranya dan kehidupan manusia. Persoalan yang
ditimbulkan oleh mereka kadang kala tidak dapat ditimbulkan oleh individu biasa
dan sukar untuk diterima. Individu seperti ini juga gemar dengan pembelajaran
yang bermakna, membuat sintesis idea, perkaitan dengan kurikulum, sastera dan
budaya. Individu yang memiliki kecerdasan ini memerlukan pengajaran melalui
kaedah pengajaran terhadap kajian alam dan mengaitkan bahan dengan tema. Antara
tokoh yang dikaitkan dengan kecerdasan ini adalah seperti Plato , Socrates dan
Einstein.
3.6) Kecerdasan Hubungan
Antara Manusia
Kecerdasan dalaman diri
adalah berkait rapat dengan emosi. Kecerdasan ini adalah berkaitan dengan kebolehan
memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Seterusnya,
kecerdasan ini juga adalah kemahiran bertindak secara berkesan terhadap orang
lain secara praktikal seperti menggalakan murid-murid terlibat dalam sesuatu
aktiviti. Menurut Howard Gardner (1993),
kecerdasan interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain.Sebagai
contoh, melibatkan murid-murid untuk melibatkan diri dalam program-program motivasi
yang pengisiannya mempunyai slot yang memerlukan kerjasama berkumpulan.
Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi
dan hubungan sosial murid tersebut. Menurut
Gardner (1993), kecerdasan
interpersonal membantu kita bersosial dengan orang lain. Hubungan
sosial mula wujud ketika
peringkat awal zaman kanak-kanak, zaman persekolahan dan sehinggalah memasuki
alam pekerjaan. Kecerdasan interpersonal dimiliki juga penting kerana kemahiran
ini melambangkan keperibadian seseorang itu. Biasanya, seseorang yang mempunyai
kecerdasan dalaman diri yang kuat akan menjadi pemimpin dan pandai memberi
nasihat.
Oleh itu, mereka yang mempunyai kecerdasan dalaman
diri yang kuat boleh dijadikan tempat rujukan dan pemberi nasihat.Seseorang
yang mempunyai kecedasan ini mempunyai keyakinan apabila bersuara, mampu
berdikari dan bijak dalam menyampaikan idea dan pendapat
3.7) Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan yang dimiliki oleh
seseorang dalam menggunakan sebahagian
atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi atau menyelesaikan masalah.
Selain itu, kinestetik juga merupakan kecekapan menginteprestasikan pergerakkan
anggota atau tubuh. Kecerdasan kinestetik (Gardner 1993), merujuk kepada
sensori badan terhadap pergerakan. Antara
kaedah yang sesuai untuk memproses idea baru ialah menghubungkan idea tersebut
dengan pengalaman yang lepas yang berkaitan dengan pergerakkan badan.
Contohnya, menulis sesuatu perkataan
dipapan putih dengan menggunakan pen maker adalah langkah yang terbaik untuk
memastikan seseorang itu lebih mengingat
perkataan tersebut berbanding dengan menggunakan kaedah mengeja.Antara ciri-ciri kanak-kanak
yang mempunyai kecerdasan kinestetik adalah mereka yang berminat dengan
aktiviti sukan dan fizikal yang cergas. Kebanyakkan mereka juga mempunyai kebolehan
dalam menggunakan bahasa badan lebih suka kepada aktiviti tarian dan lakonan. Kecerdasan
kinestetik ini dapat dilatih dalam kalangan pelajar melalui aktiviti bersukan
dan aktiviti kesenian seperti latihan menari. Kecerdasan ini boleh dilatih kepada
seseorang individu daripada sejak kecil lagi
3.8) Kecerdasan Dalaman Diri
Kecerdasan
yang dimiliki oleh seseorang individu iaitu kebolehan seseorang mengenali diri sendiri
secara mendalam dan mempunyai tanggapan terhadap diri sendiri, mempunyai
kesedaran terhadap perasaan dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan serta
kemampuan untuk mendisiplinkan diri dan jati diri.
Kebolehan mengenali diri dari segi
kekuatan, kelemahan, hasrat, kehendak termasuklah kemahiran yang menyebabkan
seseorang itu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan orang lain. Kecerdasan
intrapersonal yang dimiliki oleh seseorang individu dapat membantu individu tersebut
menangani perasaan beradab sopan serta mengawal kemarahan dan kesedihan yang dihadapi
dengan sebaiknya. Walaubagaimanapun, individu yang memiliki kecerdasan ini
lebih suka bersendirian, suka kepada kesunyian dan suka bermonolog. Individu
seperti ini juga sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu dan
jika seseorang itu pelajar, mereka lebih selesa belajar secara bersendirian dan
suka termenung. Antara ciri-ciri pelajar yang memiliki kecerdasan ini adalah
seperti cenderung untuk mempamerkan kebolehan untuk berdikari, lebih suka
bersendirian untuk mengejar sesuatu matlamat, hobi atau sesuatu projek serta
mempunyai keperibadian yang tertutup.
3.9) Kecerdasan Alam Sekitar
Kecerdasan
alam sekitar melibatkan alam dan kepintaran
yang berkaitan tentang keseluruhan alam. Individu yang mempunyai
kecerdasan ini adalah seorang yang sangat prihatin terhadap alam,mempunyai
sikap penyayang yang sangat tinggi. Selain itu, mereka juga mempunyai sikap
ingin tahu yang tinggi dan rasa empati
terhadap semua benda hidup. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini
mampu membina sesuatu sistem baru, menjana idea yang berkait dan pandangan yang
jauh ke hadapan. Individu yang memiliki kecerdasan ini sangat selesa apabila
berada bersama alamyang terbuka seperti pantai, hutan dan sebagainya atau
mereka juga dikenali sebagai pencinta alam. Mereka mudah terasa, sensitif atau
peka apabila sesuatu isu yang berkaitan dengan alam sekitar wujud.Keberkesanan
pembelajaran individu yang mempunyai kecerdasan ini dapat diwujudkan melalui
aktiviti pembelajaran di luar bilik darjah seperti membuat lawatan dan
sebagainya.Melalui penyiasatan praktikal seperti mengalami sendiri hasil
pengetahuan tentang semuladi melalui pelbagai jenis eksperimen. Antara aktiviti
yang boleh merangsang kecerdasan ini dalam kalangan para pelajar ialah seperti
berkebun, memelihara binatang, memelihara tanaman dan aktivi mendaki gunung.
Contoh video yang menunjukkan gaya pembelajaran individu
http://www.youtube.com/watch?v=fQYW6vYSGXs
http://www.youtube.com/watch?v=5Cf-1zx58CU
Contoh video yang menunjukkan gaya pembelajaran individu
http://www.youtube.com/watch?v=fQYW6vYSGXs
http://www.youtube.com/watch?v=5Cf-1zx58CU
4.0 Cara seseorang guru mengguna kepelbagaian kecerdasan dalam P & P
4.1) Strategi Pengajaran
Pengetahuan
guru tentang kepelbagaian kecerdasan murid membolehkan guru mengaplikasikannya
dalam psikologi pendidikan dan
seterusnya membolehkan guru merancang proses dan strategi pengajaran dan
pembelajaran secara berkesan dan baik.
Kaedah ini membolehkan guru mempelbagaikan cara
pangajarannya supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
itu tidak berfokus pada satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan
pelajar. Sebaliknya, guru boleh menjalankan pengajarannya berdasarkan Sembilan kecerdasan yang
disarankan oleh Howard Gardner.
Suasana
pembelajaran yang sedemikian menjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat
dan berketerampilan untuk pelajar.Keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana
yang kolaboratif di antara guru dan pelajar di sekolah.Hal yang demikian
kerana kecerdasan yang terdapat pada
seorang pelajar boleh dijadikan sebagai
petunjuk potensi yang terdapat pada seseorang pelajar tersebut. Contohnya,
seorang pelajar yang kecerdasan linguistik yang menonjol biasanya mempunyai
potensi yang tinggi dalam penulisan kreatif,perbahasan dan bidang pengacaraan.
4.2) Memahami kekuatan kecerdasan
pelbagai murid
Pengaplikasian
pengetahuan kepelbagaian kecerdasan berupaya membangunkan bidang akademik dan
kokurikulum pelajar. Hal ini kerana selain melihat pada kecerdasan interlek
yang ada pada seseorang pelajar, guru harus melihat kepada kecerdasan
emosi yang ada padanya. Maksudnya,
seseorang pelajar yang dikatakan cergas atau bijak tidak lagi boleh diukur dan
dilihat melalui kecermerlangan dalam bidang akademik sahaja.Sebaliknya, kecerdasan
emosi yang ada dalam dirinya semasa mengendali sesuatu perkara juga amatlah penting.Dengan
itu, kreativiti dan usaha guru dalam mempelbagaikan strategi pengajaran dan
pembelajaran dalam sesuatu mata pelajaran yang berasaskan kecerdasan yang
pelbagai berupaya membangunkan bidang akademik.
Di
samping itu, pengetahuan guru terhadap kecerdasan yang terdapat pada pelajar
membolehkan guru memperbanyakkan
aktiviti kokurikulum di dalam ataupun di luar kawasan sekolah bagi
mengembangkan segala bakat dan potensi pelajar yang terpendam. Jadi, secara
tidak langsung bidang kokurikulum pelajar juga dapat dibangunkan.
4.3) Pelaksanaan Projek dan Aktiviti
Bagi
pelajar pula, apabila mereka dapat mengetahui kecenderungan kecerdasan pelbagai yang terdapat dalam diri
mereka sendiri, ia dapat membantu mereka memperkembangkan bakat dan kebolehan
mereka. Contohnya, seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang
tinggi biasanya akan lebih cenderung
untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak menggunakan anggota
tubuh badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan berenang. Jadi, tidak
mustahil mereka akan menjadi seorang atlit sukan yang unggul sekirannya mereka
menggunakan kecenderungan kecerdasan tersebut untuk melatih diri
bersungguh-sungguh dan memperkembangkan bakat dan kebolehan mereka berdasarkan
aktiviti yang dijalankan oleh seseorang guru.
4.4) Penaksiran
Selain
itu, pengetahuan guru tentang kepelbagaian dan perbezaan kecerdasan yang terdapat
pada pelajar-pelajarnya membolehkan guru mempelbagaikan cara penilaiannya/
penaksirannya terhadap pelajar-pelajar. Hal ini memberi peluang kepada guru
untuk mendalami aspek penilaian yang lebih berkesan . Kecerdasan yang
berbeza-beza akan menghasilkan penilaian yang mantap tarhadap kemampuan pelajar
dalam sesuatu bidang. Hal ini bermakna semasa menilai seseorang pelajar, guru
tidak hanya menilai pelajar berdasarkan kepandaiannya dalam pencapaian akademik
yang biasanya lebih cenderung menuntut kecerdasan logik-matamatik dan bahasa.
Sebaliknya, guru juga menilai jenis kecerdasan pelajar yang lain seperti
keupayaan pelajar melibatkan diri dan berinteraksi dengan pelajar yang lain
dalam suatu situasi dan sebagainya. Keadaan ini dapat menggalakkan inovasi dan
penyelidikan baru dalam pengajaran dan pembelajaran.
4.5) Pendekatan bersepadu
Secara
langsungtaupun tidak langsung,pendidikan yang menitikberatkan kecerdasan yang
pelbagai pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan pembelajaran bersepadu
yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan yang bermatlamatkan
untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan
intelek
4.6) Pengalaman Secara
Lansung
Apabila murid-murid terlibat
dalam isu dunia sebenar dan cuba menyelesaikannya, mereka akan memperoleh
penguasaan dalam kemahiran tersebut. Contohnya semasa hari kantin, murid-murid
belajar bagaimana mengendali wang dan aspek keusahawanan, mengurus wang,
mengambil stok, bajet dan pelbagai kemahiran lain.Dengan itu, guru-guru harus
menjalankan pelbagai aktiviti supaya murid boleh menggunakan pelbagai
kecerdasan mereka dan memperkukuhkan kecerdasan yang lain
Rujukan
David Lazear (2007). Pemikiran Aras Tinggi: Kaedah
Kecerdasan Pelbagai (Wirakarnain Sani, Terjemah). Selangor. Wisdom Mind
Resource Sdn Bhd.
Kecerdasan. Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada
http://eprints.utm.my/6264/1/BAB5.pdf
Kepelbagaian Kecerdasan Menurut Kline dan Martel. Diperoleh
pada Oktober 12, 2010 daripada http://www.docstoc.com/docs/
Multiple Intelligence and Learning Style. Diperoleh pada
Oktober 14, 2010 daripada http://projects.coe.uga.edu/epltt/index.
Rizal Ariffin dan
Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai
Menurut Perspektif.
Diperoleh pada Oktober 14, 2010 daripada
web.usm.my/education/publication/rizal.pdf
Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd
Shukor, Ramlah Jantan,
Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah (2009). Pembelajaran dan perkembangan
pelajar. Oxford Fajar. Selangor Darul Ehsan.
http://fskpm.upsi.edu.my/pintarcerdas/images/assignment/Group/wanimira/teori_kecerdasan_pelbagai.pdf
ZULAINA
BT YUSUFF
GAYA
PEMBELAJARAN
Pengenalan
Apabila guru mula memasuki bilik darjah, dia akan
berhadapan dengan berbagai ragam pelajar. Ada pelajar yang kelihatan ceria,
peramah, suka berinteraksi dan ada juga pelajar yang pendiam, menjadi pemerhati
sahaja. kelihatan cergas dan ada pelajar yang malas dan suka tidur dalam bilik
darjah. Terdapat juga pelajar yang suka membuat bising dan mengganggu
pengajaran guru. Senario ini terjadi disebabkan terdapatnya perbezaan individu
dalam pelbagai aspek.
Untuk menjadi guru yang berkesan, individu perlu menyedari
perkara ini dan memikirkan pendekatan pengajaran dan aktiviti yang sesuai untuk
mereka. Setiap individu pelajar mempunyai ciri-ciri yang berbeza, sama ada dari
segi fizikal, afektif dan kognitif dan ini menghasilkan perbezaan dalam proses
pembelajaran atau ringkasnya cara belajar. Cara belajar ini, dari segi istilah
disebut sebagai gaya pembelajaran.
Gaya Kognitif
dan Gaya Belajar
Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif ialah kanak-kanak yang memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif tetapi dia mengambil masa yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya itulah yang paling tepat atau tugasnyalahyang paling sempurna.
Gaya pembelajaran pula merupakan tingkah laku multi-dimensi yang melibatkan banyak pembolehubah sedangkan gaya kognitif merupakan tingkah laku ekadimensi (bipolar) yang melibatkan pola positif atau negatif dalam keadaan tertentu (Witkin, 1977Kebanyakan penyelidikan tentang gaya pembelajaran datang daripada usaha Shuell (1981); Kolb (1976); Gregorc (1979); Fischer & Fischer (1979); Keefe (1982); Garger & Guild (1984); Child (1986); Riding & Sadler-Smith (1992); Jonassen & Grabowski (1994) dan Dunn & Dunn (1978, 1992, 1993). Secara amnya, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara pemprosesan maklumat yang konsisten seseorang pelajar semasa ia mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru .
Dunn dan Dunn (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima.
Gaya kognitif bermaksud cara individu mempersepsi maklumat sementara gaya belajar pula merujuk kepada persekitaran pembelajaran yang digemari oleh pelajar. Witkin (1940) telah mengenalpasti dua gaya kognitif iaitu gaya belajar bergantung latar (Field Dependence) dan bebas latar (Field Independence). Individu yang bergantung latar suka mempersepsi sesuatu secara global sementara dengan gaya kognitif bebas latar suka mempersepsi sesuatu secara analitikal. Ada pula individu yang gaya kognitifnya reflektif dan impulsif. Mengikut Kagan (1965) gaya kognitif impulsif ialah kanak-kanak yang memilih berbagai-bagai kemungkinan penyelesaian masalah dengan memberi tindak balas yang cepat dan kurang memberi pertimbangan tentang ketepatan atau betul salahnya tindakan tersebut. Oleh kerana itu kanak-kanak dengan gaya impulsif menyudahkan tugasan dengan cepat tetapi membuat banyak kesilapan. Kanak-kanak reflektif yang mempunyai darjah kecerdasan yang sama dengan rakan sebayanya yang impulsif tetapi dia mengambil masa yang lama sebelum menjawab soalan guru atau menyudahkan tugasan sebab dia membuat berbagai pertimbangan dalam menjawab atau menyelesaikan masalah dan berharap jawapannya itulah yang paling tepat atau tugasnyalahyang paling sempurna.
Gaya pembelajaran pula merupakan tingkah laku multi-dimensi yang melibatkan banyak pembolehubah sedangkan gaya kognitif merupakan tingkah laku ekadimensi (bipolar) yang melibatkan pola positif atau negatif dalam keadaan tertentu (Witkin, 1977Kebanyakan penyelidikan tentang gaya pembelajaran datang daripada usaha Shuell (1981); Kolb (1976); Gregorc (1979); Fischer & Fischer (1979); Keefe (1982); Garger & Guild (1984); Child (1986); Riding & Sadler-Smith (1992); Jonassen & Grabowski (1994) dan Dunn & Dunn (1978, 1992, 1993). Secara amnya, mereka merujuk gaya pembelajaran kepada persepsi dan cara pemprosesan maklumat yang konsisten seseorang pelajar semasa ia mempelajari sesuatu konsep atau prinsip baru .
Dunn dan Dunn (1992) mendefinisikan gaya pembelajaran sebagai kecenderungan individu menumpukan perhatian, memproses dan mengekalkan maklumat-maklumat yang diterima.
Terdapat lima faktor utama yang
dikenal pasti mempengaruhi kecenderungan iaitu persekitaran, fisiologi,
sosiologi, fizikal dan psikologi. Menurut Reiff (1992), setiap individu secara
semulajadi mempunyai kecenderungan terhadap gaya-gaya tertentu dan
kecenderungan ini banyak dipengaruhi oleh budaya persekitaran serta
pengalaman-pengalaman yang dilalui oleh seseorang.
Perbezaan gaya pembelajaran pelajar yang dikenal pasti akan dapat membantu pengajar memahami kepelbagaian gaya menerima dan memproses maklumat yang berbeza dalam kalangan pelajar.
Perbezaan gaya pembelajaran pelajar yang dikenal pasti akan dapat membantu pengajar memahami kepelbagaian gaya menerima dan memproses maklumat yang berbeza dalam kalangan pelajar.
Oleh sebab itu,
para pengajar perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran
yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran yang berbeza di kalangan pelajar
(Joyce dan Weil, 1980). Tuckman (1992) melalui penyelidikan yang memadankan
gaya pembelajaran telah mendapati bahawa terdapat hubung kait yang signifikan
antara gaya kognitif, cara belajar, cara berfikir dan kekuatan daya ingatan
dengan kaedah penyampaian pengajaran serta struktur bahan pengajaran yang
digemari oleh pelajar.
Begitu juga kajian yang
telah dijalankan oleh Dunn & Dunn. Dapatan mereka menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar mempunyai pencapaian akademik yang lebih cemerlang, lebih
berdisiplin dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap pembelajaran
apabila pengajaran disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar. Begitu juga
kajian oleh Wheeler (1980) telah menunjukkan pencapaian pelajar-pelajar yang
kurang berkeupayaan (disabled students) meningkat apabila mereka diajar dengan
gaya pembelajaran yang mereka gemari.
Kefahaman guru tentang gaya pembelajaran murid/pelajar diharapkan dapat disepadukan dengan kaedah atau pendekatan pengajaran seperti kaedah inkuiri, kontekstual, penyelesaian masalah atau konstruktivisme dan sebagainya yang semakin mendapat perhatian dari guru-guru kita di Malaysia masa kini.
Kefahaman guru tentang gaya pembelajaran murid/pelajar diharapkan dapat disepadukan dengan kaedah atau pendekatan pengajaran seperti kaedah inkuiri, kontekstual, penyelesaian masalah atau konstruktivisme dan sebagainya yang semakin mendapat perhatian dari guru-guru kita di Malaysia masa kini.
1.0
Gaya Pembelajaran
Setiap orang mempunyai gaya
pembelajaran dan kekuatan yang tersendiri (Kenneth & Dunn, 1984). Gaya
pembelajaran boleh didefinisikan sebagai “motivational interest or pattern that is preferred when processing new information or experiences” ( minat
atau pola terpilih yang mendorong seseorang apabila memproses maklumat baru
atau pengalaman)
Terdapat empat model gaya
pembelajaran iaitu (1) Model Dunn & Dunn
(Lampiran1.1-F1b) (2) Kolb Learning Styles Inventory (3) Honey & Mumford: Learning Styles
Questionnaire (LSQ) (4) Hermaan: Whole Brain Learning Style Preference (LSP)
Mana-mana satu model boleh dipilih untuk digunakan. Walau bagaimanapun,
fasilitator harus memberi fokus sekurang-kurangnya kepada tiga bentuk gaya
pembelajaran yang utama iaitu (1) Visual, (2) Auditori, dan (3) Kinestetik
(Kajian oleh Neuro Linguistic Programming).
Secara ringkas, aplikasi kepada gaya
pembelajaran mengambil kira proses yang ditunjukkan oleh rajah di bawah.
Konsep : Gaya
pembelajaran ialah cara mempelajari
sesuatu mengikut kecenderungan individu. Terdapat pelbagai teori dan
model gaya pembelajaran. Murid dan
guru perlu mengetahui kepelbagaian gaya
pembelajaran tersebut supaya mereka dapat mengenal pasti gaya pembelajaran yang sesuai untuk diri mereka / pelajar mereka.
Pada asasnya terdapat
dua model gaya pembelajaran yang akan
dibincangkan di sini, iaitu:-
·
Gaya
VAK ( Visual , Auditouri , Kinestetik
)
·
Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
1.1 MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK (
Visual , Auditouri , Kinestetik )
Gaya
VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya
pembelajaran Visual , Auditori dan Kinestetik.
·
Gaya Pembelajaran Visual
1.
Murid
belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan
komputer.
2.
Mereka
lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat
atau teks berkenaan.
3.
Murid
“Visual “ tidak memerlukan penerangan
lisan seperti murid “auditori” tetapi
mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
4.
Mereka
selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka hendak mengingati
sesuatu.
·
Gaya Pembelajaran Auditori
1.
Murid
“Auditori” belajar dengan mendengar perkataan atau ayat yang disebut dan juga
arahan secara lisan.
2.
Mereka
boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika
membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang baru.
3.
Mereka
dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar
murid lain dan berbincang dengan guru.
·
Gaya Pembelajaran Kinestetik
1.
Murid
“Kinestetik” belajar dengan baik dan berkesan melalui pengalaman dan akan
melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti di kelas.
2.
Mereka biasanya dapat mengingati sesuatu dengan baik
dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara “hands-on”.
1.1.1 Matrik Gaya
Pembelajaran VAK
Apabila anda
|
Visual
|
Audiotori
|
Kinestetik/Tactile
|
Mengeja
|
Adakah
anda cuba melihat perkataan?
|
Membunyikan
perkataan atau menggunakan pendekatan fonetik?
|
Tulis
perkataan untuk memastikannya betul.
|
Bercakap
|
Anda bercakap secara berpasangan
tetapi tidak suka mendengar terlalu lama? Lebih suka mendengar perkataan
lihat, gambarkan dan bayangkan?
|
Anda
suka mendengar tetapi tidak suka untuk bercakap? Guna perkataan seperti
dengar dan fikirkan?
|
Menggunakan
pergerakan dan air muka. Suka perkataan rasa, sentuh dan pegang.
|
Membayangkan
|
Adakah
anda dapat melihat gambar dengan jelas dan terperinci?
|
Berfikir
secara bunyi?
|
Melihat
beberapa gambar, semuanya bergerak?
|
Memberi
tumpuan
|
Adakah
anda terganggu oleh pergerakan atau
keadaan tidak teratur?
|
Terganggu
oleh bunyi atau bising?
|
Terganggu
oleh aktiviti di sekeliling?
|
Bertemu semula seseorang
|
Terlupa
nama tetapi ingat mukanya? Ingat di mana bertemu?
|
Terlupa
muka tetapi ingat nama? Ingat apa yang telah bicarakan?
|
Ingat
dengan baik apa yang telah dilakukan bersama?
|
Menghubungi sesorang atas sesuatu
urusan
|
Adakah
anda suka secara terus, berhadapan atau pertemuan peribadi?
|
Lebih
suka telefon?
|
Bercakap
sambil atau melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti?
|
Releks (relax)
|
Adalah anda lebih suka menonton TV,
pertunjukan atau wayang?
|
Lebih
suka mendengar radio, musik atau membaca?
|
Suka
bermain sesuatu permainan atau membuat sesuatu menggunakan tangan?
|
Cuba menginterpretasikan mood
seseorang
|
Adakah
anda memerhatikan air mukanya?
|
Mendengar
ton suara?
|
Melihat
pergerakan badan?
|
Membaca
|
Adakah
anda suka situasi deskriptif? Berhenti untuk membayangkan sesuatu tindakan?
|
Gemarkan
dialog dan perbualan atau mendengar watak yang bercakap?
|
Lebih
suka cerita berbentuk aksi atau tidak betul-betul berminat membaca?
|
Membuat sesuatu yang baru
|
Adakah
anda suka melihat demonstrasi, rajah, slaid atau poster?
|
Lebih
suka arahan verbal atau berbincang dengan seseorang?
|
Lebih
suka terus mencuba?
|
Meletakkan sesuatu bersama-sama
|
Adakah
melihat arah dan gambar?
|
Suka
bercakap dengan seseorang atau bercakap kuat semasa bekerja?
|
Mengabaikan
arahan dan memikirkan semasa melaksanakannya?
|
Memerlukan bantuan daripada aplikasi
komputer
|
Adakah
anda memerlukan gambar atau rajah?
|
Panggil
meja-bantuan, tanya jiran?
|
Terus
mencuba atau mencuba di komputer lain.
|
Mengajar seseorang
|
Adakah
anda suka menunjukkan sesuatu?
|
Lebih
suka memberitahu?
|
Lakukan
untuk mereka dan berikan mereka melihat bagaimana dibuat atau minta mereka
melakukan?
|
1.2 MODEL
GAYA PEMBELAJARAN DUNN & DUNN
Model Gaya Pembelajaran oleh Dunn dan
Dunn menyatakan gaya pembelajaran seseorang pelajar bergantung kepada
unsur-unsur yang disukainya di bawah lima pendorong(stimulus) yang ditunjukkan
dalam Jadual 1.2.1 di bawah.
Jadual 1.2.1: Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn
Pendorong/Stimulus
|
Unsur
|
Ciri-ciri
|
1.
Alam
Sekitar
|
Bunyi
|
Suka
belajar tanpa bising atau dengan mendengar muzik.
|
Cahaya
|
Suka
belajar di tempat yang cerah atau di tempat yang kurang cahaya.
|
|
Suhu
|
Suka
belajar di tempat yang sejuk atau panas.
|
|
Pola
|
Suka
belajar di tempat formal yang ada kerusi dan meja atau di tempat tidak formal
seperti berbaring atau duduk di atas lantai.
|
|
2.
Emosi
|
Motivasi
|
Boleh
merangsang diri untuk belajar atau perlu dirangsang oleh guru.
|
Ketabahan
|
Boleh
belajar dalam jangka masa yang pendek atau panjang.
|
|
Tanggungjawab
|
Bertanggungjawab
untuk belajar atau perlu bimbingan oleh guru.
|
|
Struktur
|
Suka
belajar mengikut jadual waktu atau suka belajar sekiranya lebih masa diberi
untuk sesuatu mata pelajaran atau perkara.
|
|
3.
|
Sendiri
|
Suka
belajar secara sendirian.
|
Sosiologi
|
Pasangan
|
Suka
belajar secara pasangan.
|
Rakan sebaya
|
Suka
belajar dengan rakan sebaya.
|
|
Pasukan
|
Suka
belajar dalam pasukan.
|
|
Guru
|
Suka
belajar dengan bimbingan guru
|
|
Pelbagai cara
|
Dapat
belajar dengan mana-mana cara yang
tersebut di atas.
|
|
4.
Fizikal
|
Persepsi
|
Suka
belajar dengan benda/perkara maujud atau abstrak atau melalui pengalaman.
|
Makan
|
Suka atau
tidak suka makan dan minum semasa belajar.
|
|
Waktu
|
Suka
belajar sesuatu mata pelajaran pada waktu yang sesuai atau pada bila-bila
masa.
|
|
Gerakan
|
Suka atau
tidak suka bergerak semasa belajar.
|
Stimulus
|
Unsur
|
Ciri
|
5.
Psikologi
|
Global atau Analitik
|
Pelajar global
suka belajar secara menyeluruh; pelajar analitik suka belajar mengikut
urutan dan membuat analisis.
|
Otak Kiri atau Otak Kanan
|
Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak
kiri suka belajar bahagian-bahagian bahasa, dan membuat pengiraan dan
analisis;
Pelajar yang memproses maklumat menggunakan otak
kanan suka belajar secara keseluruhan, membuat sintesis, melukis, membuat
gerakan dan mencipta sesuatu.
|
|
Impulsif atau Reflektif
|
Pelajar yang impulsif bertindak secara spontan
manakala pelajar yang reflektif berfikir sebelum bertindak.
|
TEORI BERKAITAN GAYA PEMBELAJARAN
DAN
KAEDAH PENGAJARAN
Gaya pembelajaran terdiri daripada empat lapis iaitu model sahsiah, model pemprosesan maklumat, model interaksi sosial dan model medium pembelajaran yang disukai. Kaedah pengajaran ialah satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektif pengajaran dalam jangka pendek. Sesuatu kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran adalah berkaitan dengan pendekatan dan teori tertentu.
Pengenalan
Di dalam masyarakat moden, proses pengajaran dan pembelajaran diuruskan dengan cara yang lebih sistematik terutamanya dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Tanpanya, pengajaran dan pembelajaran berkesan tidak mungkin dapat dilaksanakan. Menurut Khalid (1993), pembelajaran berkesan bermakna satu usaha yang teratur, bersistem, bertertib serta optimum yang menyatupadukan dan memanfaatkan kesemua komponen pembelajaran untuk kejayaan yang paling maksimum.
1. Teori Gaya Pembelajaran
a) Model Sahsiah
Model sahsiah menerangkan bagaimana pelajar berinteraksi di bilik kuliah. Model ini menilai pengaruh sahsiah dalam pendekatan untuk mendapatkan maklumat dan menggunakan maklumat tersebut.
i. Model Myers-Briggs Type Indicator (MBTI)
Model ini dikenali ramai untuk mengukur sahsiah, yang dipelopori Isabel Myers dan Katherine Briggs. Sempena dengan nama mereka inventori ini dinamakan Myers-Briggs Type Indicator (Myers 1978) berdasarkan teori jenis psikologi Carl Jung, yang menghuraikan empat pasangan kategori sahsiah untuk memerihal pelajar, iaitu extraversion-introversion, sensing-intuition, thinking-feeling, dan judgingperceiving (Hatcher 1999). Setiap jenis sahsiah ini mempunyai orientasi berlainan dalam mempengaruhi kebolehan dalam pembelajaran dan cara menjalankan tugas pembelajaran.
ii. Model Herman Witkin Field Independence-Dependence
Inventori Herman Witkin (Field Independence-Dependence) merupakan indikator gaya kognitif yang paling terkenal ketika itu. Dalam teori di sebalik indikator ini, pelajar yang bersifat bergantung kepada orang lain, lebih memerlukan bimbingan guru dan juga sokongan rakan sebaya. Manakala pelajar yang berdikari, lebih cenderung memiliki sifat analitikal dan kurang menghiraukan tekanan rakan sebaya atau pun arahan semasa pengajaran. Untuk merumuskan model ini, Witkin (CTL Learning Styles Site 1999) mengenal pasti bahawa kebolehan pelajar untuk menghalusi perkara-perkara secara terperinci daripada konteks pengetahuan, merupakan indikator penting tentang bagaimana pelajar itu mendekati dan mentafsir kehidupan harian.
b) Model Pemprosesan Maklumat
Model pemprosesan maklumat ialah pendekatan intelek yang diberi keutamaan oleh individu untuk percambahan maklumat. Kategori model gaya pembelajaran ini menghuraikan proses bagaimana maklumat diperoleh, disusun, disimpan dan digunakan.
i. Model
Kolb “Learning Style Inventory”
Model
ini menekankan kepada bagaimana individu mengamati dan membuat tanggapan dalam
proses pembelajaran. Ia juga menekankan kepada bagaimana maklumat itu diproses.
ii. Model
Gaya Pembelajaran Felder
Model
Index of Learning Style Questionnaire Felder dan Solomon (1970) mengenal pasti
empat dimensi gaya pembelajaran iaitu input (visual atau verbal), pemprosesan
(aktif atau reflektif), pengamatan (kepekaan atau intuisi) dan kefahaman
(sequential atau global).
c) Model Interaksi Sosial
Model
interaksi sosial menjelaskan bagaimana pelajar bertingkah laku dalam bilik
kuliah. Di antara model-modelnya adalah Grasha dan Reichmann (1974), Perry dan
Belenky dan Magolda (O’Connor 1999). Perry menunjukkan bagaimana pelajar
kolej/universiti maju melalui kematangan intelek yang berlainan. Belenky pula
mengkaji wanita yang memilih pendekatan gaya pembelajaran dari aspek sosial.
Magolda menghuraikan strategi epistemologi yang digunakan pelajar adalah
berbeza, berdasarkan gabungan model Perry dan Belenky (CTL Learning Styles Site
1999). Inventori Grasha dan Reichmann bertujuan untuk memberi tumpuan kepada
cara pelajar berinteraksi dengan pensyarah dan rakan dalam suasana
pembelajaran.
d) Model Medium Pembelajaran Yang Disukai
Model
ini menumpukan kepada medium pembelajaran yang dipilih pelajar. Model ini
digunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan.
i. Model VAK - Gaya VAK mengandungi tiga aspek, iaitu gaya pembelajaran visual, auditori dan kinestetik.
§
Gaya
Pembelajaran Visual - Dalam gaya pembelajaran ini,
murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk perkataan dalam
buku, di papan hitam atau paparan komputer. Mereka lebih mengingati dan
memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
§
Gaya
Pembelajaran Auditori - Dalam gaya pembelajaran ini,
murid “auditori” belajar dengan mendengar perkataan yang disebut dan juga
arahan lisan. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau
menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari sesuatu yang
baru. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita
audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru (Murdoch Teacher Center,
1984).
§
Gaya
Pembelajaran Kinestetik - Dalam gaya pembelajaran ini,
murid “kinestetik” belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil
bahagian secara fizikal dalam aktiviti bilik darjah. Mereka dapat mengingati
sesuatu dengan baik apabila mencuba terus aktiviti melalui hands-on. (Murdoch
Teacher Center, 1984).
ii. Model
Dunn dan Dunn
Terdapat
dua inventori yang menggunakan model ini, iaitu Inventori Gaya Pembelajaran
Dunndan Dunn (1978) dan Productivity Environmental Preference
Survey (Dunn, Dunn & Price 1982). Inventori Gaya Pembelajaran Dunn
dan Dunn (1978) digunakan untuk mengaplikasikan gaya pembelajaran dalam proses
kaunseling, kerana ia adalah model pelbagai dimensi yang boleh dipercayai dan
mempunyai kesahan dan juga asas penyelidikan yang kukuhInventori Productivity
Environmental Preference Survey (Dunn, Dunn & Price 1982) digunakan untuk
orang dewasa, yang terdiri daripada 100 item, bertujuan untuk mengenal pasti
kesukaan orang dewasa individu tentang suasana kerja dan persekitaran
pembelajaran. Gaya pembelajaran jenis ini direka khusus untuk kegunaan
kaunseling.
iii.
Canfield Learning Style Inventory
Inventori
gaya pembelajaran Canfield (CLSI) merupakan satu inventori yang dikupas
daripada hasil kerja Joseph Hill, yang menumpukan kepada dimensi sikap dan
afektif dan bukannya kognitif (Claxton & Murrell 1987). CLSI menilai
pembelajaran yang lebih digemari. Inventori ini mengandungi 30 item yang
menentukan gaya pembelajaran yang lebih digemari dan jawapan setiap item
berdasarkan empat pemilihan. Empat kategori yang diuji ialah syarat
(conditions), kandungan (content), mod (mode) dan jangkaan (expectancy). Markah
bagi setiap kategori boleh ditafsirkan berdasarkan kriteria; rakan sebaya,
organisasi, menentukan matlamat (goal setting), saingan (competition), pengajar
(instructor), terperinci (detail), bebas (independence), autoriti, numerik,
kualitatif, tidak bergerak (inanimate), people, listening, reading, pengalaman
langsung dan jangkaan.
2. Teori Kaedah Pengajaran
Child
(1983) menekankan bahawa sistem pendidikan harus disediakan untuk memenuhi
keperluan individu. Model pengajaran ini menekankan bahawa pengajar mempunyai
peranan yang berbeza, iaitu pengajar sebagai pengurus perubahan. Pengajar dalam
model ini, perlu mengubah kaedah pengajaran supaya sesuai dengan setiap
pelajar. Masalah yang timbul untuk menjayakan kaedah ini ialah saiz kelas yang
besar dan kekurangan kemudahan untuk pengajaran secara individu. Ini meliputi
kemudahan komputer mikro dan buku teks serta penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran anak-anak mereka.Selain itu penekanan pembelajaran diberikan
kepada kemahiran mengambil cara dan teknik menjawab soalan peperiksaan. Menurut
Selmes (1987), cara ini sering menggambarkan bagaimana pelajar mempelajari
sesuatu mata pelajaran.
3.Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya
Belajar
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbeza¬beza. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian.
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbeza¬beza. Ada yang suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian.
4. Penetapan objektif pengajaran dan
pembelajaran
Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.
Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa bosan.
5. Pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik
Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.
Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.
6. Mempelbagaikan Bahan Bantu
Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.
7. Menyediakan program pemulihan dan
pengayaan
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan pembelajaran.
8. Merancang Aktiviti Alternatif
Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.
Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat sesuai dan bertepatan dengan objektif yang hendak dicapai. Namun semasa melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran, dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.
9. Sentiasa bertolak ansur
Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.
Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya, guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah anak muridnya.
Pengenalan
Mengikut
pandangan tradisional, kecerdasan seseorang telah ditetapkan semasa ia
dilahirkan dan ia meliputi hanya tiga bidang, iaitu bahasa, matematik dan
“visual/spatial”. Dr. H.Gardner yang membuat kajian tentang teori kognitif di
Universiti Harvard telah memperkenalkan satu model kecerdasan yang pelbagai
jenis. Mengikut model Gardner, kecerdasan seseorang boleh dipelajari, dikembang
dan dipertingkatkan. Kecerdasan ini dibahagikan kepada 9 jenis, iaitu,
Verbal/Linguistic, Logical-Mathematical, Musical/Rhythmic, Visual/Spatial,
Bodily-Kinesthetic, Interpersonal, Intrapersonal, Naturalistic,
Ethical/Spiritual.
Model
Pelbagai Kecerdasan Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :
- Setiap
individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap
perkembangan yang berlainan.
- Kebanyakan
individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap yang cekap
jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai
- Kecerdasan
jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan bertindak
serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.
- Sesuatu
kecerdasan boleh dimanifestasikan dalam pelbagai cara dan bentuk
Jenis Kecerdasan
|
Penerangan
|
Musical/Rhythmic
|
Dapat
menikmati, membuat persembahan atau mencipta karya seni muzik dan peka kepada
pic, ritma melodi atau bunyi-bunyi persekitaraan.
|
Logical-Mathematical
|
Berupaya
menggunakan angka secara berkesan, menaakul secara deduktif atau induktif.
Mengenal pasti serta memanipulasi pola-pola abstrak dan hubungan corak.
|
Interpersonal
|
Boleh
memahami orang lain, menyedari tentang objektif, motivasi, tujuan dan dapat
berkerjasama dengan orang lain secara berkesan. Berupaya memahami emosi,
matlamat, tujuan, kekuatan dan kelemahan secara kendiri
|
Naturalistic
|
Peka
tentang pola dan corak persekitaran dan alam semula jadi, serta mampu
menyerap, menjelas dan mengingati ciri-ciri alam semula jadi secara
terperinci.
|
Ethical/Spiritual
|
Sedar
terhadap nilai-nilai moral kerohanian. Dapat mengenal pasti masalah berkaitan
serta merancang penyelesaiannya
|
Bodily-Kinesthetic
|
Berkemampuan
mengguna seluruh anggota badan untuk melahirkan idea dan meluahkan perasaan
dan menggunakan tangan untuk menggubah sesuatu.
|
Visual/Spatial
|
Boleh
mencipta imej grafik bagi menjelaskan dan memanipulasikan sesuatu yang
digubah secara mental.
|
Verbal/Linguistic
|
Boleh
menggunakan bahasa secara berkesan secara lisan dan penulisan.
|
Intrapersonal
|
Boleh
memahami perasaan, matlamat, kekuatan dan kelemahan kendiri
|
Penutup
Perbezaan
gaya belajar di kalangan pelajar membawa kepada beberapa implikasi
terhadap
perkembangan kurikulum yang ada. Di sini , para pendidik di sekolah akan
berhadapan
dengan berbagai masalah memandangkan bilangan pelajar yang ramai
dalam
sesebuah kelas. Namun tidak dapat dinafikan bahawa kejayaan pendidikan
bergantung
kepada kaedah pengajaran guru dan pentadbiran sesebuah sekolah,
bahagian
kurikulum, pensyarah-pensyarah di maktab perguruan dan di universiti. Para
pendidik
perlu sedar bahawa kejayaan pendidikan juga memerlukan pendekatan
pengajaran
yang berlainan mengikut peredaran masa. Pengetahuan mengenai
kepelbagaian
gaya belajar pelajar dapat membantu para pendidik terutamanya di
sekolah
kerana kita dapat mengetahui keperluan-keperluan pelajar dalam melancarkan
pembelajaran
mereka. Pengetahuan ini juga dapat membantu para pendidik dalam
menghadapi
kumpulan-kumpulan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kebolehan
atau
mempunyai pencapaian yang berbeza.
Rujukan
223.
Child,
Dennis. (1983). Applications of Psychology for The Teacher. London : Cassell
Educational.
Construct
Validity of a Student Learning Style Scale Instrument. Journal of Psychology
87:213-
Felder,
R.M. & Solomon, B.A. (1970). Index of Learning Styles. (atas talian)
Grasha,
A.F & Reichmann, S.W. (1974). A Rational Approach to Developing and
Assessing the
Hatcher,
J. (1999). On-line and off-line survey instrument: Motivation, Cognitive Styles
and Learning
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/bhn_pnp/modul/bcb9.pdf
http://www2.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/ILSdir/styles.html
Khalid
Mohd. Nor ( 1993 ). Kaedah Pembelajaran Berkesan . Kuala Lumpur : Cahaya Pantai
( M ) Sdn.Bhd.
Mahani
Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2003). Psikologi Pendidikan,
Kuala Lumpur :PTS Professional Publications Sdn. Bhd.
Murdoch
Teacher Center (1984). Pengurusan Masa dan Gaya Pembelajaran.
Wichita: Kansas.
Myers,
I. (1978). Myers-Briggs Type Indicator. Palo Alto, CA: Consulting Pyschologists
Press.
Selmes,
I.P (1987). Improving Study Skills. London : Holder and Stoughton.
Styles.
FAHIMAH BINTI ZAINON
DPLI MU/RBT
No comments:
Post a Comment